MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN MAKHLUKNYA DENGAN SEMPURNA.



Gambar mikroskopik di atas menunjukkan perbezaan diantara dua benda yang "tajam".  Satu yang dibuat oleh manusia dan satu lagi yang diciptakan oleh Allah S.W.T Yang Maha Agung.

Benda yang terdapat dibawah adalah jarum yang sangat tajam yang dibuat oleh manusia manakala benda diatas adalah "jarum" yang terdapat pada mulut seekor lebah.

Lihatlah perbezaan diantara kedua-duanya dan cuba anda buat penilaian. Yang manakah "jarum" yang paling tajam dan paling sempurna?

Sudah pasti "jarum" yang dicipta oleh Allah S.W.T. adalah yang paling sempurna dan paling tajam.


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat pertunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik"
(Surah Al-Baqarah, ayat 26).