Gambar mikroskopik di atas menunjukkan mata manusia dari
jarak dekat.
Allah S.W.T dengan sifat Rahmat-Nya telah menganugerahkan
kepada kita 2 biji mata yang sungguh hebat ciptaannya.
Setiap biji mata kita mengandungi 130 juta sel fotoreseptor
dan setiap sel fotoreseptor tersebut pula mengandungi 100 trillion atom iaitu
melebihi jumlah bintang di dalam galaksi Milky Way.
Apakah tujuan Allah S.W.T. menganugerahkan kepada kita mata
yang begitu hebat ciptaannya?
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah
Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan
kekayaan Kami)?”
(Surah: Al-Balad, Ayat : 8)
Tetapi, berapa ramaikah manusia yang bersyukur kepada
Allah S.W.T.?
Berapa ramaikah manusia yang telah menyalahgunakan nikmat
mata ini?
Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah S.W.T. yang telah menciptakan
mata meraka?
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi
mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan.”
(Surah : An-Nur, Ayat
: 30)
7 jenis mata yang dicintai oleh Allah S.W.T:
1- Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan
perintah Jihad pada Jalan Allah S.W.T.
2- Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran
Allah S.W.T.
3- Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada
memandang perkara yang haram.
4- Mata yang memerhati kejadian Allah S.W.T.
5- Mata yang memandang Kitab Allah S.W.T, Al-Quran Al-Karim
(Membaca, mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan).
6- Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh
kerahmatan dan kasih sayang.
7- Mata yang berjaga malam di jalan Allah. (Qiam)