Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):
”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada
dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih
dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya
menetapi kesabaran”
(Surah: Al ‘Ashr).Kalau kita tahu waktu itu tidak ternilai harganya, mengapa kita selalu membazir masa dengan perkara yang sia-sia?. Sedangkan sesaat masa itupun mempunyai makna yang amat besar nilainya kepada kita.
Ramai manusia melihat waktu sebagai satu putaran biasa tanpa
merasa kerugian atas kehilangannya. Betapa ruginya kita melepaskan masa berlalu
tanpa memanfaatkannya dengan sesuatu yang menguntungkan kita di hari akhirat.
Adakah kita terlalu yakin bahawa kita akan hidup sehingga
esok?
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan bagi tiap-tiap
umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak
dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka
didahulukan.”
(Surah al-A'raf : ayat 34)