DOA UBAT DUKA



Di dalam solat ada doa, dalam puasa, zakat, haji, semuanya mengandungi doa. Jadi, doa terkandung dalam segala aspek kehidupan manusia.
Janganlah kita termasuk orang yang bakhil dalam memanjatkan doa.
Perbanyakkanlah berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T akan mengabulkan doa kita. Tiada satu pun yang luput dari pendengaran Allah S.W.T.
Allah mengetahui semua yang kita lakukan.
Manfaat doa bagi umat manusia amat banyak, antaranya:

1) Mendatangkan keredhaan Allah S.W.T.

2) Menghilangkan kesedihan dan kemuraman hati.

3) Mendatangkan kegembiraan dan ketenteraman (di dalam) hati.

4) Menguatkan hati dan badan.

5) Membuat hati dan wajah berseri.

6) Melapangkan rezeki.

7) Menimbulkan perasaan bahawa dirinya diawasi, sehingga mendorongnya untuk selalu berbuat kebajikan.

8) Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

9) Selalu ingat kepada Allah S.W.T.

10) Membersihkan hati dari karatnya.

Selain itu masih banyak lagi manfaat berdoa, di mana ianya akan membuat kita selalu dekat dengan Allah S.W.T.

AL-QURAN SENTIASA DI HATI


Rasulullah S.A.W. bersabda:  "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al-Quran) pun dalam hatinya adalah umpama sebuah rumah yang kosong"     (Riwayat At Tarmizi).

JAGALAH HATI ANDA



Rasulullah S.A.W. bersabda: " Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?"  Jawab Rasulullah S.A.W. : " Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."       (Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar).