MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH S.W.T.



Mu’adz r.a. suatu ketika pernah menangis tersedu-sedu. Kemudian ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis?”. Maka beliau menjawab, “Kerana Allah ‘azza wa jalla hanya mencabut dua jenis nyawa. Yang satu akan masuk syurga dan satunya akan masuk ke dalam neraka. Sedangkan aku tidak tahu akan termasuk golongan manakah aku di antara kedua golongan itu?”.

al-Hasan al-Bashri rahimahullah pun pernah menangis, dan ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis?”. Maka beliau menjawab, “Aku kuatir esok Allah akan melemparkan diriku ke dalam neraka dan tidak memperdulikanku lagi.”

Abu Musa al-Asya’ri r.a. suatu ketika memberikan khutbah di Bashrah, dan di dalam khutbahnya dia bercerita tentang neraka. Maka beliau pun menangis sehingga air matanya membasahi mimbar! Dan pada hari itu orang-orang yang mendengar pun menangis dengan tangisan yang amat dalam.

Abu Hurairah r.a. menangis pada saat sakitnya [menjelang ajal]. Maka ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis?!”. Maka beliau menjawab, “Aku bukan menangis kerana dunia yang akan ku tinggalkan ini. Namun, aku menangis karena jauhnya perjalanan yang akan aku lalui sedangkan bekalku teramat sedikit, sementara boleh jadi nanti aku harus mendaki jalan ke syurga atau neraka, dan aku tidak tahu akan ke manakah digiring diriku nanti?”.

Suatu malam al-Hasan al-Bashri rahimahullah terbangun dari tidurnya lalu menangis sampai tangisannya membuat segenap penghuni rumah hairan dan terbangun. Maka mereka pun bertanya mengenai keadaan dirinya, dia menjawab, “Aku teringat akan sebuah dosaku, maka aku pun menangis.”

Rasulullah S.A.W. juga bersabda, “Ada dua buah mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis karena merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga-jaga di malam hari karena menjaga pertahanan kaum muslimin dalam [jihad] di jalan Allah.” (Hadis Riwayat. Tirmidzi [1639], disahihkan Syaikh al-Albani dalam Sahih Sunan at-Tirmidzi [1338]).

TANGISAN AIR MATA RASULULLAH S.A.W.

Dari Ubaidullah bin Umair rahimahullah, suatu saat dia pernah bertanya kepada Aisyah radhiyallahu’anha, “Kabarkanlah kepada kami tentang sesuatu yang pernah engkau lihat yang paling membuatmu kagum pada diri Rasulullah S.A.W.?”.

Maka ‘Asiyah pun terdiam lalu mengatakan, “Pada suatu malam, beliau (nabi) berkata, ‘Wahai Aisyah, biarkanlah malam ini aku sendirian untuk beribadah kepada Rabbku.’

Maka aku katakan, ‘Demi Allah, sesungguhnya saya sangat senang dekat dengan anda. Namun saya juga merasa senang apa yang membuat anda senang.’

Aisyah menceritakan, ‘Kemudian beliau bangkit lalu bersuci dan kemudian mengerjakan shalat.’ Aisyah berkata, ‘Beliau terus menerus menangis sampai-sampai basahlah bahagian depan pakaian beliau!’. Aisyah mengatakan, ‘Ketika beliau duduk [dalam shalat] maka beliau masih terus menangis sampai-sampai jenggutnya pun basah oleh air mata!’. Aisyah melanjutkan, ‘Kemudian beliau terus menangis sampai tanah [tempat beliau shalat] pun menjadi ikut basah [karena titisan air mata]!”.

Lalu datanglah Bilal untuk mengumandangkan azan shalat (Subuh). Ketika dia melihat Rasulullah S.A.W menangis, Bilal pun berkata, ‘Wahai Rasulullah, anda menangis? Padahal Allah telah mengampuni dosa anda yang telah berlalu maupun yang akan datang?!’.

Maka Nabi pun menjawab, ‘Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang pandai bersyukur?! Sesungguhnya malam tadi telah turun sebuah ayat kepadaku, sungguh malang orang yang tidak membacanya dan tidak merenungi kandungannya! iaitu ayat (yang artinya),

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi 'ulul albab' (ahli fikir).” (QS. Ali Imran : 190).”


(Hadis Riwayat. Ibnu Hiban [2/386] dan selainnya. Disahihkan Syaikh al-Albani dalam Sahih at-Targhib [1468] dan ash-Shahihah [68]).

ALLAH S.W.T MAHA MELIHAT


Allah S.W.T. bersifat Basyar ertinya bahawa Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di alam ini. Allah S.W.T dapat melihat segala gerak geri hamba-hamba-Nya. Meskipun hamba-hamba-Nya beramal dalam keadaan sembunyi-sembunyi, namun Allah S.W.T dapat melihatnya dengan jelas dan terang.

Penglihatan Allah S.W.T itu tidaklah sama dengan penglihatan yang ada pada makhluk ciptaan-Nya. Penglihatan pada makhluk berhajatkan kepada sesuatu alat yang dapat membantunya seperti mata, cahaya dan sebagainya. Namun Allah S.W.T. tidak berhajat kepada sesuatu bendapun dalam melihat segala sesuatu.


Allah S.W.T. melihat dengan sendirinya dan tidak memerlukan bantuan makhluk atau alam ini sama sekali.

Firman Allah S.W.T. (yang bermaksud):
"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (Al Hujuraat, 18).

Segala aktiviti yang terjadi di alam ini, baik terang mahupun yang gelap, yang besar mahupun yang kecil, yang nyata, mahupun yang ghaib tidak akan luput daripada penglihatan Allah S.W.T.


Keyakinan dengan sifat Allah Maha Melihat ini menjadikan insan-insan yang beriman bertambah takut dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. kerana mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa melihat amalan yang dikerjakannya.

Hati manusia menjadi damai dan tenteram dengan menanamkan keyakinan bahawa Allah S.W.T bersifat Maha Melihat. Jiwanya sentiasa terbimbing dengan jalan yang lurus dan ia sentiasa menjaga dirinya dari terjatuh kejurang kemaksiatan.


Mustahil bagi Allah S.W.T jika mempunyai sifat buta. Kerana sifat yang lemah itu hanya dimiliki oleh makhluk ciptaan-Nya.

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud):
"Dan apakah mereka tidak memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu." (Al Mulk, 19).