Pada suatu masa, Nabi Daud a.s. telah keluar ke pesisir untuk beribadat dan apabila telah genap setahun, dia berdoa:
"Ya Rabbi Ya Tuhanku, telah bengkok belakangku dan lemah mataku serta kering air mataku, tetapi aku belum juga mengetahui nasibku".
Maka Allah S.W.T. memerintahkan seekor katak untuk menjawab doa Nabi Daud a.s. itu, lalu katak itu berkata:
"Hai Nabi Allah, apakah anda mengungkit pada Tuhan ibadatmu yang setahun? Demi Allah yang mengutusmu menjadi Nabi, saya di hutan ini selama 30 tahun atau 60 tahun bertasbih, bertahmid kepada Allah, sedangkan persediaan ku tetap gementar kerana takutkan Tuhanku".
Maka menangislah Nabi Daud a.s.
Abul Faraj Ibnul Jauzi mengisahkan bahawa ada seorang lelaki yang setiap hari melihat seekor burung yang datang membawa sepotong daging, lalu memindahkannya dari suatu tempat di kota dan membawanya menuju puncak sebuah pohon kurma.
Lelaki itu kehairanan kerana burung itu sama sekali tidak mungkin bersarang di atas pohon kurma tersebut.
Lelaki itu pun berusaha untuk memanjat pohon kurma itu. Setelah sampai di puncak, dia menemui seekor ular yang buta.
Setiap kali ular itu merasa lapar, maka burung itu pun datang membawakan sepotong daging untuknya. Burung itu akan mendekatinya lalu ular itu akan membuka mulutnya. Burung itu pun menjatuhkan sepotong daging itu ke dalam mulut ular buta itu.
Maha Suci Allah S.W.T, yang telah menundukkan burung tersebut kepada seekor ular yang buta itu dan menunjuki ular itu kepada rezekinya.
ALLAHU AKBAR!
Ketika Amir bin Abdullah bin Zubair r.a. berada di ambang kematian dengan sisa-sisa nafas yang dimilikinya.
Keluarganya menangis di sebelahnya.
Ketika sedang Nazak, dia mendengar azan.
Dia berkata kepada orang di sebelahnya:
"Angkatlah aku".
Mereka bertanya:
"Engkau hendak kemana?"
"Ke masjid", jawabnya.
"Dalam keadaan seperti ini?" tanya orang ramai.
Dia menjawab:
"SubhanAllah, adakah patut aku tidak menyahut azan padahal aku mendengarnya?, Angkatlah diriku".
Kemudian mereka memapahnya ke masjid.
Dia sempat solat satu rakaat dibelakang imam sebelum meninggal dunia dalam keadaan bersujud.
Allahu Akbar!
(Sumber: Malam Pertama di Alam Kubur, tulisan Dr. A'idh Al-Qarni M.A.)