JANGAN MENGHINA ORANG YANG JAHIL



Imam Al-Ghazali berkata:
"Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui".


MAHA SUCI ALLAH S.W.T YANG TELAH MENCIPTAKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN YANG SEMPURNA.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”.
(Surah At-Tiin, ayat 4).

Sistem imun (system pertahanan badan) melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Allah S.W.T, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya.

Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat. Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ.

Gambar diatas menunjukkan kepada kita bagaimana satu sel imun, dipanggil macrophage, menyerang penceroboh asing seperti bakteria dan benar-benar menelan ia supaya ia boleh dipecahkan mendalam dalam sel. 

Gambar diatas menggunakan imbasan elektron microscopy oleh Darren Brown dari Universiti Queensland. 

Imej ini adalah warna yang dipertingkatkan. 
Saiz manik tersebut adalah 3 mikrometer.

Molekul di permukaan penceroboh asing seperti virus memberi isyarat bahaya kepada sel macrophage, yang menyerang dan menelan mereka. Ini membantu memastikan tubuh bebas daripada jangkitan.


TANDA-TANDA IMAN SEMAKIN LEMAH




1) Melakukan dosa tetapi tidak berasa bersalah.

2) Merasa susah untuk bangun untuk mengerjakan solat subuh.

3) Tiada rasa khusyu' di dalam solat.

4) Asyik merungut dengan ketentuan takdir.

5) Tiada sabar apabila menerima ujian / musibah.

6) Sentiasa sibuk dengan urusan dunia sahaja.

7) Meninggalkan Al-Quran tanpa dibaca.

8) Tidak endah apabila melihat manusia melakukan maksiat malah diri sendiri turut melakukannya.

9) Tidak berasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.

10) Berasa senang atau gembira ketika ada sesuatu perkara buruk atau tiada kemajuan terjadi pada orang lain.