MERAIH GANJARAN YANG BESAR DALAM MASA SEMINT


Denyutan jantung manusia sentiasa memperingatkan,
"Bahawa kehidupan ini adalah himpunan detik dan minit"
1. Dalam masa satu minit anda boleh membaca Surah al-Fatihah yang merupakan induk al-Quran (Ummul Quran), sebanyak 4 kali, yang mana bilangan huruf-hurufnya terdiri dari 140 huruf. Setiap satu huruf anda akan memperolehi 10 kebajikan (ganjaran), maka dalam 1 minit anda dengan mudah sahaja meraih 5600 kebajikan. (Hadis riwayat Tirmizi).
2. Dalam masa 1 minit anda boleh membaca, Surah al-Ikhlas sebanyak 10 kali, lantas akan tersedia buat anda sebuah istana di syurga dan anda memperolehi ganjaran seperti tiga kali khatam al-Quran, bahkan lebih. (Hadis riwayat Ahmad dan ad-Darimi).

BERWIRID SELEPAS SOLAT

Setiap kali selepas sembahyang fardhu kita digalakkan berwirid.
Berwirid termasuk dalam kategori zikrullah atau mengingati Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya; "(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah ketika mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." - (Surah Ali Imran: 191).

BERDOALAH KEPADA ALLAH S.W.T

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (Ayat 8 Surah A-li'Imran Juz 3)


"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka." (Ayat 16 Surah A-li'Imran Juz 3).