ENAM SOALAN IMAM AL-GHAZALI KEPADA ANAK MURIDNYA



1.  Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
MATI - sebab semua akan mati dan kita tidak diberitahu bila kita akan mati.

2.  Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?
MASA YANG DAH LALU ATAU PERGI - sebab masa yang lalu tidak akan kembali dan akan terus pergi.

3.  Apa yang paling besar di dunia?
NAFSU - sebab nafsu boleh membawa kita ke neraka.

4.  Apa yang paling berat di dunia?
MEMEGANG AMANAH - sebab tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat tidak mampu memenuhi permintaan Allah s.w.t. supaya menjadi khalifah atau pemimpin, sedangkan manusia sanggup dan realitinya ramai yang tidak mampu memenuhi amanah itu dan akan ke neraka.

5.  Apa yang paling ringan di dunia ini?
MENINGGALKAN SOLAT - sebab ramai manusia yang mengaku Islam tetapi meninggalkan solat sebab kerja, berniaga, mesyurat, sukan dan sebagainya.

6.  Apa yang paling tajam di dunia ini?
LIDAH MANUSIA - sebab dengan lidah, manusia mudah menyakiti hati orang lain dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

SIFAT-SIFAT ORANG MUKMIN



1.  BERIMAN


2.  Khusyuk dalam solat


3.  Menjauhi perbuatan dan perkataan sia-sia


4.  Menunaikan zakat


5.  Memelihara kemaluan (tidak menghampiri zina apatah lagi berzina)


6.  Memelihara Amanah dan Janji


7.  Memelihara Solat.

TANDA-TANDA KHUSNUL KHATIMAH (kesudahan ajal yang baik).


1  Mengucapkan kalimah syahadah ketika hampir mati atau akhir kalam (dijanjikan masuk syurga).

2.  Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi.

3.  Mati di malam Jumaat atau harinya (Allah akan pelihara dari fitnah kubur).

4.  Mati syahid di medan perang untuk menegakkan agama Allah.

5.  Mati kerana sakit taun, sakit perut, lemas dalam air atau ditimpa kemalangan.

6.  Perempuan yang mati di dalam nifas sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, sakit paru-paru dan sakit cirit-birit (perut).

7.  Mati kerana mempertahankan harta yang hendak dirampas atau dicerobohi dengan cara tidak benar.

8.  Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa termasuk keluarga dan mempertahan darahnya.

9.  Mati kerana bertugas di dalam medan perjuangan Islam pada jalan Allah (amalannya bertambah sehingga akhirat dan diamankan dari fitnah kubur).

10. Mati ketika beramal soleh, melakukan ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan lain-lain.