UMAT ISLAM ADALAH BERSAUDARA


Rasulullah s.a.w. bersabda:  " Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan menyerahkannya (kepada musuh). Barang siapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu dari kesusahannya di hari kiamat. Barang siapa yang menutupi aib (keburukan) seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat."    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

KESENANGAN DAN KESUSAHAN


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman, Iaitu apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya."   (Riwayat Muslim)

KEPENTINGAN SOLAT


Allah SWT berfiman:  " Dan perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun, bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta kepadamu rezeki, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang bertakwa."    (Ayat 132 Surah Thahaa).

Rasulullah s.a.w. bersabda :  " Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat jadi cahaya, pembela dan penyelamat pada hari kiamat. Mereka yang tidak menjaganya tidak mendapat cahaya, pembela dan penyelamat. Bahkan mereka diletak bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubay Khalaf."   (Hadis riwayat Imam Ahmad).