SOLATLAH WALAUPUN JIKA ANDA TIDAK SIHAT



Dari Imran bin Hushain r.a., Sesungguhnya Nabi S.A.W. telah bersabda:
"Lakukanlah solat dangan berdiri, jika tidak kuasa, lakukanlah dengan duduk, jika tidak kuasa, lakukanlah dengan berbaring dan jika tidak kuasa, maka dengan isyarat."
(Hadis riwayat Bukhari).

Hadis ini menunjukkan bahawa solat harus dilakukan menurut kekuatannya. Jika masih kuat berdiri maka harus dengan berdiri, jika tidak kuat, dengan duduk, jika tidak kuat, dengan berbaring dan jika masih tidak kuat, dengan memberi isyarat.

Memahami isi hadis ini dapat dimengerti bahawa agama tidak menekan umatnya melainkan menurut batas kemampuannya dan solat adalah wajib didirikan walau dalam keadaan bagaimanpun.