Salah satu peristiwa besar yang akan terjadi pada saat upacara hisab ialah penyerahan buku catatan amal manusia di dunia. Allah S.W.T. menjelaskan proses penyerahan buku itu adalah berbeza-beza sesuai dengan amal perbuatan manusia di dunia.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Adapun orang yang diberikan kepadanya kitab dari sebelah kanannya, maka dia berkata: 'Ambillah, bacalah kitab amalanmu (ini). Sesungguhnya aku yakin bahawa aku akan menenui hisab terhadap diriku.'
"Adapun orang yang diberikan kepadanya kitab dari sebelah kirinya, maka dia berkata: 'Aduhai,alangkah baik jika aku tidak diberikan kepadaku kitab. Alangkah baiknya kiranya kematian itu suatu penamat. Harta kekayaanku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Malah telah hilang dariku kuasa pemilikannya." (Suruh al-Haqqah)
Malaikat Pencatat

'Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada berdekatannya malaikat pengawas yang selalu hadir." (Suruh Qaf 50:18)
Al-Quran menamakan kedua-dua malaikat ini dengan sebutan al-Hafazah (penjaga amal perbuatan manusia).
Riwayat al-Bukhari dan Muslim daridapa Ibn Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah s.w.t. mencatat amalan baik dan buruk manusia. Maka sesiapa yang berkeinginan (hamma) untuk melakukan kebaikan namun tidak jadi melakukannya, akan ditulis untuk kebaikan sempurna. Dan sesiapa yang berkeinginan untuk melakukannya lalu ia benar-benar melakukannya, maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda bahkan hingga tidak terbatas. Dan sesiapa yang berkeinginan untuk melakukan keburukan namun ia tidak jadi melakukannya, maka ditulis untuknya satu kebaikan. Namun jika ia keinginannya lalu benar-benar melakukannya, maka akan ditulis untuknya satu kejahatan."
Buku Amalan
Kedua-dua malaikat ini tidak pernah penat atau bosan mencatat amalan manusia, hingga tiba saat kematian orang tersebut lalu ditutuplah buku amalannya. Dan buku itu akan sekali lagi dibuka apabila orang tersebut dibangkitkan kembali untuk menjalani hisab. Imam ahli tefsir Muqatil bin Sulaiman berkata, "Apabila seseorang mati, maka lembaran amalannya tertutup. Lalu apabila ia dibangkitkan, lembaran-lembaran itu akan dibuka kembali."
Ucapan ini sebagaimana firman Allah S.W.T. (yang bermaksud):
"Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) kembali dibuka". (Suruh al-Takwir 81:10)
Diriwayatkan bahawa buku-buku itu akan turun dari arah langit, lalu berterbangan mencari para pemiliknya yang ketika itu sedang berdiri di padang Mahsyar. Sebahagian ulama membayangkan pemandangan waktu itu bagaikan hujan salji yang sangat lebat. Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam al-Zuhd al-Kabir daripada Rabi'ah al-'Adawiah ia berkata, "Setiap kali melihat hujan salji, aku teringat buku-buku amalan yang berterbangan."
Anehnya, buku yang berterbangan itu jatuh pada tangan pemiliknya. Jika ia jatuh ke tangan pemiliknya melalui arah kanan, maka disambut dengan kegembiraan yang tidak terkira. Sebab "kanan" (bahasa Arab al-yamin) berasal daripada kata "al-yumn" yang mengandungi makna "beruntung" sehingga menandakan keselamatan. Orang ini akan melompat kegirangan lalu menunjukkan bukunya itu kepada semua orang yang berada berdekatannya. Ia berkata, " Mari lihatlah kitabku ini! Sesungguhnya sejak dulu aku yakin bahawa aku akan menemui hisab terhadap diriku." Demikian sebagaimana yang diceritakan dalam suruh al-Haqqah di atas.
Sebahagian buku yang lain jatuh ke tangan pemiliknya melalui arah tangan kiri, maka dia akan melahirkan rasa ketakutan yang tidak terbayang. Sebab "kiri" ( bahasa Arab al-syimal atau masy'amah) mengandungi makna "syu'm" yang bererti "sial" atau "tidak beruntung". Ketakutan orang ini semakin besar pada waktu dia membaca isi buku tersebut dan melihat semua perincian perbuatannya tertulis dengan jelas. Mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia tercatat semuanya." (Suruh al-Kahfi 18:49)
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,"Sering kali sebuah kata-kata yang diucapkan seseorang, ia menganggapkan ringan sahaja, namun dapat membuatnya melayang-layang di neraka selama tujuh tahun lamanya."