KETAKWAAN RASULULLAH S.A.W KEPADA ALLAH S.W.T



Abu Dzar r.a. berkata, "Pada suatu malam, aku menginap di rumah Rasulullah. Saat itu, beliau sedang melakukan solat malam dan aku mendengar beliau membaca "Bismillahirrahmannirrahim", lalu beliau menangis, kemudian beliau kembali membacanya. Beliau menangis lagi dan mengulanginya untuk ketiga kalinya, lalu beliau menangis dan berkata, sementara beliau masih dalam posisi solat, " Rugilah orang yang tidak mendapatkan rahmat Allah".

Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah S.A.W.bersabda kepadaku, "Bacakanlah kepadaku al-Quran." Abdullah kemudian berkata, " Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin aku membacakan al-Quran kepadamu, sementara ia diturunkan kepadamu?". Rasulullah S.A.W. bersabda, " Bacalah, kerana aku suka mendengarkannya dari orang selain aku". Abdullah bin Mas'ud berkata, " Aku pun segera membaca surah an-Nisa, dan ketika aku sudah sampai pada bacaan:

"Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (Rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan Kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu)". (an-Nisa (4): 41).

Rasulullah S.A.W. mengatakan, "Cukup".
Abdullah pun berkata, "Aku lalu melihat Rasulullah, tiba-tiba kedua mata Rasulullah telah berurai air mata."

Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmat dan kebahagiaan kepadamu, wahai Rasulullah S.A.W.
Betapa beliau sangat takut dan sangat bertakwa kepada Allah S.W.T, bahkan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muthraf bin Abdullah bin Syakhir r.a, apabila Rasulullah S.A.W. melaksanakan solat sunnat, beliau selalu menangis. "Aku pernah menjumpai beliau, lalu aku mendengarkan dadanya mengeluarkan suara isak tangis seperti suara mendidihnya air di dalam ketel kerana tangisannya." (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, nombor:15877).