PENDERITAAN DI AKHIRAT LEBIH DAHSYAT DARIPADA PENDERITAAN DI DUNIA



Muqatil bin Sulaiman berkata;

"Makhluk akan berdiri menanti pada hari kiamat selama 100 tahun, tenggelam dalam peluhnya sendiri. Dan 100 tahun dalam kegelapan dan kebingunan. Sedang 100 tahun lagi mereka sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan kepada Tuhan.

.Sesungguhnya hari Kiamat itu seperti 5000 tahun, tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas bagaikan sesaat

Kerana itu, wahai orang yang sihat akal hendaklah bersabar terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat kepada Allah untuk memudahkan bagimu segala kesusahan-kesusahan di hari Kiamat".