“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
ALLAH S.W.T. WUJUD TANPA PERMULAAN DAN TIADA BERAKHIR.
Qidam ertinya "sedia", iaitu Allah S.W.T. tidak dengan permulaan. Sebab jika Allah berpermulaan bererti ada yang menjadikan dan jika sesuatu itu ada yang menjadikan maka sudah pasti itu bukan Tuhan.
Allah S.W.T. tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, kerana Allah Dia-lah yang awal dan Dia-lah yang akhir.
Zat-Nya tidak dapat disaksikan dengan mata begitu juga akal dan hati tidak mampu untuk mengetahui tentang-Nya.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dialah yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu".
(Al Hadid: 3).
Akal fikiran manusia tidak mampu untuk menganalisa hakikat Allah itu Dia-lah yang paling Awal dan Dia-lah yang akhir.
Jika manusia masih memikirkan tantang Zat Allah maka akan membawa kepada kerosakan kepada akal dan mindanya.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Wahai Tuhanku, Engkaulah yang awal, tidak ada sesuatupun sebelum Engkau. Engkaulah yang akhir, tidak ada sesudah Engkau sesuatu apapun".
(Riwayat Muslim).