“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
BILAKAH ALLAH S.W.T. AKAN MENGINGATI KITA?
Tsabit al-Bannani pernah mengatakan: "Aku tahu bila Tuhanku mengingatiku". Tentu saja mereka yang mendengar terkejut lalu mereka bertanya: "Bagaimana engkau tahu demikian?". Dia menjawab: "Iaitu ketika aku mengingati-Nya, Dia mengingatiku". Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud): "Maka ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepada kamu...." (Surah al-Baqarah: 152).