SANGGUPKAH ANDA MENGHADAPI KEPANASAN MATAHARI YANG DITAMBAH SEBANYAK 70 KALI ?



Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer dan mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C.   

Jenis batu atau logam apapun yang ada di Bumi ini akan lebur pada suhu setinggi itu.

Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Subhanallah! cuba bayangkan betapa panasnya cahaya matahari tersebut. Tetapi pernah tak anda terfikir bahawa kepanasan api neraka ialah 70 kali ganda dari kepanasan yang ada di alam ini.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam." Sahabat-sahabat Baginda berkata:  "Demi Allah!  Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa. " Baginda s.a.w., bersabda: "Meskipun demikian, kepanasan Neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini. "
(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Bayangkan kalau percikannya (sebesar lubang jarum) sahaja pun sudah boleh menghancurkan seluruh alam ini. Jadi bagaimana manusia hendak menghadapinya walaupun untuk 1/2 saat sahaja.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dalam satu hari yang kadarnya lima puluh ribu tahun".
(al-Ma'arij: 4).

Ini bermakna, andainya hukuman terhadap orang yang diazab dalam neraka itu dijalankan dalam satu hari ukuran Akhirat, bererti ia terpaksa menjalani hukuman selama 50,000 tahun.

"Ya Allah, lindungilah kami daripada azab api neraka".