MANUSIA TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MENCIPTA KOMPUTER SEHEBAT OTAK CIPTAAN ALLAH S.W.T



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".
(At-Tin :ayat 4).

Otak kita merupakan salah satu dari ciptaan Allah S.W.T. yang sungguh hebat. Walaupun saiznya kecil tetapi ia merupakan suatu keajaiban ciptaan Allah S.W.T.

Seorang saintis dari Amerika yang bernama Michio Kaku telah membuat satu pendedahan yang sungguh menarik. Beliau berkata:

“Di dalam alam semesta yang luas ini, otak merupakan satu-satunya benda yang paling sukar untuk difahami atau diterangkan. Otak hanya menggunakan tenaga sebanyak 20 watts untuk berfungsi. Jika manusia ingin mencipta sesuatu yang sama seperti otak, maka manusia perlu membuat mesin yang menggunakan kuasa nuclear yang saiznya sebesar sebuah bandar”.

Michio Kaku

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?”
(Ar-Rahman: ayat 13).

Otak manusia sentiasa berada dalam posisi sujud kepada Allah S.W.T.


Di dalam tubuh kita terdapat banyak caj elektrostatik iaitu tenaga elektrik yang mengalir di seluruh badan kita. Tenaga caj elektrostatik ini boleh menyebabkan kesihatan kita terganggu dan boleh juga menyebabkan tekanan pada otak dan akan menganggu fikiran kita. Tenaga elektrostatik ini patut dikeluarkan dari tubuh kita.

Apabila kita bersujud iaitu ketika otak kita menyentuh bumi maka caj elektrostatik tersebut akan ditarik keluar oleh bumi dan otak kita pun akan merasa ketenangan.

Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”
(Al-Hajj : ayat 77)