Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“(Iaitu) orang-orang
yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa
mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit
dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari
azab neraka”.
(Surah Ali-Imran : 191).
Tahukah anda bahawa cahaya matahari merupakan “ubat” yang
diciptakan oleh Allah S.W.T. untuk berbagai jenis penyakit?
Matahari menghasilkan sinaran UVB yang akan membantu kulit
kita untuk menghasilkan vitamin “D”. Manusia yang mempunyai vitamin “D” yang mencukupi didalam badan akan menjadi orang yang paling sihat. Mereka tidak akan
menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, strok, penyakit batuk kering, Asthma dan juga sakit jantung.
Para saintis dari Warwick Medical School di UK telah membuat
suatu kajian tentang vitamin “D” dan mereka memberitahu bahawa orang yang
mempunyai vitamin “D” yang sentiasa mencukupi di dalam badannya maka akan
kurang risiko untuk mendapat penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis.
Menurut seorang doctor pakar dari Warwick Medical School, UK
yang bernama Dr. Johanna Parker bahawa mendedahkan diri kepada cahaya matahari
merupakan cara yang paling terbaik untuk mendapatkan vitamin “D” dalam badan.
Manusia yang selalu mendapat cahaya matahari akan mendapat
banyak kelebihan iaitu otot mereka akan sentiasa sihat, paru-paru yang cergas, tekanan
darah menjadi stabil, mematikan sel kanser, menguatkan tulang dan banyak lagi
kelebihannya.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Maka Yang mana
satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat
manusia dan jin)?”
(Ar-Rahman: ayat 13).
Pada tahun 1903, seorang doktor yang bernama Niels Finsen
telah dianugerahkan pingat Nobel kerana beliau telah berjaya mengubati penyakit
batuk kering dengan bantuan sinaran UVB. Banyak hospital yang dibina pada tahu
1950-an adalah menghadap matahari supaya para pesakit akan mendapat sinaran
UVB.
Tetapi kini, oleh kerana sinaran UVB dari matahari adalah
percuma maka para yahudi kapitalis telah mula untuk menyembunyikan fakta
tentang sinaran UVB percuma. Mereka tidak mahu manusia mengetahui tentang
kelebihan cahaya matahari.
Mereka mula memasarkan ubat kimia yang merbahaya kepada
tubuh manusia. Ubat tersebut pula dijual dengan harga yang sungguh mahal.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun,
akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri”.
(Surah: Yunus, ayat 44)