INILAH BUKTI KEBENARAN AL-QURAN TENTANG BANJIR BESAR DI ZAMAN NABI NUH A.S.


Ingatkah anda pada kisah banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s.?

Menurut para ahli sejarah, banjir besar yang melanda pada zaman Nabi Nuh a.s itu telah berlaku pada tahun 2348 BC iaitu sekitar 4363 tahun yang lampau.

Banjir besar itu dikatakan telah berlaku selama 370 hari dan ia bermula dari hujan yang turun selama 40 hari dan 40 malam.

Pada ketika itu, umur Nabi Nuh a.s. adalah sekitar 600 tahun. (Nabi Nuh telah hidup sehingga 950 tahun).

Punca sebenar Allah S.W.T. menurunkan banjir besar tersebut adalah untuk mengazab orang-orang yang menyembah berhala pada zaman tersebut dan tidak mahu mendengar nasihat dari Nabi Nuh a.s untuk beriman kepada Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu (semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang pendusta".
(Hud: ayat 27) 

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Mereka berkata: "Wahai Nuh! Sesungguhnya engkau telah bertikam lidah membantah kami lalu engkau banyakkan sangat hujjah-hujjah semasa mengemukakan bantahanmu kepada kami; oleh itu, datangkanlah azab Allah yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
(Hud: ayat 32) 

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Nabi Nuh menjawab: "Sesungguhnya Allah jualah yang akan mendatangkan azabNya itu kepada kamu jika Ia kehendaki, dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah!
(Hud: ayat 33) 

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: "Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan".
(Hud : ayat 36) 

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)".
(Hud: ayat 37) 

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: "Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu".
(Hud: ayat 38) 

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja".
(Hud: ayat 40)

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Hud: ayat 41)

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".
(Hud : ayat 44) 

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya".
(Hud : ayat 48) 

Terdapat banyak bukti-bukti dapat ditunjukkan mengenai banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s.

Banyak bandar-bandar yang telah tenggelam dan musnah dalam banjir besar tersebut yang berlaku lebih 4363 tahun yang lampau.

Berikut adalah contoh-contoh bandar yang tenggelam pada banjir besar tersebut.

TELUK CAMBAY DI BARAT LAUT INDIA.


BARAT LAUT CUBA.


PAVLOPETRI DI GREECE



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
(Hud : ayat 49)