Seorang saintis dari Jepun yang bernama Masaru Emoto, telah
berjaya membuktikan bahawa air mempunyai “perasaan” dan juga “memori” yang
mampu memberi kesan kepada perasaan, kewarasan dan kesihatan manusia.
Masaru Emoto
Apabila air tersebut dibacakan ayat-ayat suci dari Al-Quran,
maka molikul air tersebut telah berubah bentuk menjadi sungguh cantik. Ini
telah dibuktikan apabila dibacakan “Asmaul Husna” iaitu “99 nama Allah S.W.T.”
dan ditiupkan kedalam air, maka molikul air tersebut telah berubah menjadi
sungguh cantik. Sungguh menakjubkan kerana molikul air itu berubah untuk setiap
nama Allah S.W.T. yang disebut dan akhirnya telah berubah sehingga 99 kali
iaitu bersamaan dengan jumlah nama Allah S.W.T.
ALLAHU AKBAR!!!
Badan manusia mengandungi sekitar 70 peratus air. Tanpa air
dalam badan, manusia akan mati.
Apa yang akan berlaku didalam badan kita sekiranya kita sedang
membaca Al-Quran?
Sudah pasti molikul-molikul air dalam badan kita akan
berubah bentuk menjadi lebih cantik dan ini akan memberi kesan positif kepada
seluruh badan kita. Kita akan merasa ketenangan dan keamanan. Fikiran kita
tidak akan terganggu dan banyak lagi kebaikan yang kita akan merasakannya.
Jadi bagaimana pula keadaan molikul air dalam badan kita sekiranya
kita membuat fitnah, mencaci maki orang lain dan mendengar muzik yang
melalaikan?
Sudah tentu molikul air dalam badan kita akan bertukar
bentuk menjadi hodoh dan mengerikan. Maka kesannya ialah kita akan merasa tidak
tenang, rasa marah, sakit kepala dan banyak lagi masaalah yang akan timbul.
Begitu juga sebarang minuman halal yang kita minum. Apabila
kita minum dengan menyebut nama Allah S.W.T, maka molikul air dalam minuman tersebut
akan berubah menjadi cantik dan ini akan memberi kesan positif kepada badan
kita.
Tetapi sekiranya kita tidak menyebut nama Allah S.W.T
sewaktu kita minum air, maka molikul dalam air tersebut tidak akan berubah dan
tidak akan memberi sebarang kesan positif kepada badan kita.