JANJI ALLAH KEPADA PENGUNJUNG MASJID



Berkata Abu Zar r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda;
"Allah s.w.t. telah berfirman;
'Sesungguhnya Daud telah berkata: Tuhanku! Apakah yang didapati oleh hamba-hambaMu, jika mereka pergi menziarahi di rumahMu?'
Berfirman Tuhan;
"Tiap-tiap orang yang datang menziarahi mempunyai hak atas ziarahnya itu. Wahai Daud!
Haknya atasKu, ialah bahawa Aku akan mengurniakan sihat walafiat di dunia, dan Aku mengampuni mereka apabila Aku menemui mereka nanti."       (Riwayat Thabarani)

ORANG-ORANG YANG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT



Inilah orang-orang yang didoakan oleh para malaikat:

1.  Oramg yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w. bersabda," Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (Riwayat Imam Ibnu Hibban).

2.  Orang yang duduk menuggu solat.
Rasulullah s.a.w. bersabda, " Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ' Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia." (Riwayat Imam Muslim)

3.  Orang-orang yang berada di shaf bahagian depan di dalam solat.
Rasulullah s.a.w. bersabda, " Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada shaf-shaf terdepan." (Riwayat Imam Abu Dawud).

4.  Orang-orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).

5.  Para malaikat mengucapka 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w.bersabda, " Jika seorang Imam membaca  'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalim', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu."  (Riwayat Imam Bukhari).

6.  Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

7.  Orang-orang yang melakukan solat subuh dan 'asar secara berjemaah.

8.  Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didioakan.

9.  Orang -orang yang berinfak.

10. Orang yang makan sahur.

11. Orang yang menjenguk orang sakit.

12 Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

TAUBAT



Hanyasanya taubat yang diterima oleh Allah itu ialah taubat orang-orang yang berbuat maksiat disebabkan oleh KEBODOHAN kemudian SEGERA BERTAUBAT.  Allah menerima taubat mereka dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana.


Yakni keampunan Allah ke atas maksiat seseorang dengan bersyarat:

1.  Maksiat dilakukan sebab kebodohan, kejahilan akan hukuman atau seksaannya (walaupun tahu perbuatan itu salah).

2.  Menyesal akan perbuatan itu.

3.  Segera bertaubat memohon kepada Allah supaya diampun kesalahannya.

4.  Berjanji tidak akan melakukan lagi.

    (Maksud ayat 17 Surah An-Nisa' Juz 4) Riwayat Ahmad dari Ibnu Umar bacaan Nabi (s.a.w) bersabda:  " Bahawasanya Allah menerima taubat hambaNya selagi ia belum tercungap-cungap hendak mati (nyawanya berlaik-balik di kerongkong (orang sedang nazak hendak mati).