“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
SOLAT KETIKA UZUR (TIDAK SIHAT)
Sabda Nabi SAW terhadap Imran Bin Hasin r.a. : "Lakukanlah solat sambil berdiri, jika tidak mampu maka lakukanlah sambil duduk, dan jika tidak mampu juga, maka lakukanlah sambil berbaring." (Hadis riwayat al-Bukhari)
SYURGA DAN NERAKA
Daripada Sayyidina Anas r.a,
Rasulullah SAW bersabda : "Syurga itu dikelilingi oleh sesuatu yang tidak mengiurkan manakala neraka pula dikelilingi oleh perkara yang menyeronokkan." - (riwayat Muslim didalam Sahihnya m/s 2174 juz 40)
Maksud hadis:
Adalah terlalu sukar untuk masuk syurga kerana terdapat banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui oleh kita sebab syaitan laknatullah akan sentiasa mencuba sedaya upaya untuk menghalang kita dari membuat amal ibadat atau sebarang kebaikan di dunia ini.
Tetapi untuk kita memasuki neraka adalah terlalu mudah dan senang sebab jalan-jalan untuk ke neraka adalah dihiasi oleh benda-benda atau perkara-perkara yang menyeronokkan hati kita seperti membuat maksiat, berjudi, minum arak, berzina, menonton filem lucah, meninggalkan solat, tidak berpuasa, membazir masa, menderhaka kepada ibu bapa, dan banyak lagi.
Syaitan laknatullah telah bersumpah dihadapan Allah SWT bahawa syaitan laknatullah akan mencuba sedaya upaya untuk menyesatkan keturunan nabi Adam AS sehingga hari kiamat.
Oleh itu, janganlah kita terpengaruh dengan godaan dunia yang bersifat sementara.
Marilah kita sama-sama menyediakan diri kita untuk bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan yang bersih dan suci dari sebarang dosa. InsyaAllah.
RENUNGKANLAH KEBESARAN ALLAH S.W.T.
Berikut adalah gambar – gambar tentang Kebesaran Allah SWT :

Pohon Kaktus Berbentuk Tulisan Allah
Tulisan Allah dapat dilihat dari kapal angkasa Apollo
Kalimah Allah tertulis pada buah tomato
Kalimah Allah terlihat pada Sebuah Gunung
Kalimah Allah pada tubuh Ikan
Kalimah Allah Pada Telinga Seorang bayi
Kalau kita perhatikan maka Tulisan Allah sudah ada pada tangan kanan kita..

Sebuah pokok yang berbentuk manusia yang sedang sujud

Foto yang di ambil di Mekah, Menunjukkan Awan berbentuk kalimah Allah
Nama Allah pada Sarang Lebah
Subscribe to:
Posts (Atom)








