“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
RENUNGKANLAH HADIS INI
Dari Abu Dzarr,
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu tidak lihat dan aku mendengar apa yang kamu semua tidak mendengarnya, langit yang mengeluarkan suara dimana ia memang layak mengeluarkan suara, tidak ada tempat didalamnya yang tidak digunakan oleh malaikat untuk meletakkan dahinya untuk bersujud kepada Allah.
Demi Allah, seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui sudah pasti kamu akan sedikit tertawa dan lebih banyak menangis, pasti kamu tidak akan mereguk kenikmatan dengan perempuan di atas kasur, pasti kamu akan menuju ke jalan-jalan berdoa kepada Allah dengan suara keras memohon dijauhkan dari bencana, sedang kamu pasti akan berkhayal menjadi sebatang pohon yang sedang digergaji".
(Diriwayatkan oleh al-Titmidzi).
Dari Nu' man bin Basyir r.a:
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Penghuni neraka yang mendapat seksaan yang paling ringan di akhirat adalah orang yang pada dua telapak kakinya diberi percikan api, yang sampai ke atas mencapai ubun-ubunnya seperti bejana api dan teko (bahan untuk menghangatkan air) yang dipanaskan dengan api".
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
JANGAN BIARKAN NAMA ANDA DITULIS DI PINTU NERAKA.
Abul Laith Samarqandi meriwayatkan;
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Nama orang yang melengah-lengahkan solat walaupun satu solat fardhunya dengan sengaja, adalah tertulis pada pintu neraka yang dia mesti memasukinya".
Abdullah bin Umar r.a. telah mendengar bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Seseorang itu bukanlah seorang Islam kalau dia tidak solat. Kedudukan solat dalam Islam adalah seumpama kepala pada badan".
ANDA INGIN DIKELILINGI OLEH PARA MALAIKAT?
Dari A'masy, dari abi Shalin, dari Abi Hurairah dan Abi Said al-khudri;
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesungguhnya Allah S.W.T. punyai malaikat yang tinggal di bumi. Jika mereka bertemu dengan kaum yang berzikir kepada Allah Azza Wa Jalla, mereka memanggil: "Kemarilah pada keinginanmu". Lalu mereka datang dan mengelilingi mereka ke langit
Maka Allah S.W.T. berkata: "Apa yang diperbuat para hamba-Ku waktu kau tinggalkan?".
Mereka menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang memuji, mengagungkan dan menyucikan-Mu.".
"Apakah mereka melihat-Ku?" tanya Allah S.W.T.
"Tidak", jawab para malaikat.
"Bagaimana kalau mereka melihat-Ku?" tanya Allah S.W.T. lagi.
Para malaikat menjawab: "Tentu saja, Jika mereka melihat-Mu, akan lebih menyucikan, memuji dan mengagungkan Engkau".
Allah S.W.T. bertanya: "Dari bahaya apa bahawa mereka memohon perlindungan?".
"Dari neraka".
"Apakah mereka pernah melihat neraka?".
"Tidak".
"Bagaimana seandainya mereka melihatnya?".
"Jika mereka melihatnya, tentu akan lebih menjauhinya".
Kemudian Allah S.W.T. bertanya: "Apa pula yang mereka minta?".
Mereka menjawab: "Syurga".
"Apakah mereka itu pernah melihatnya?".
"Tidak".
"Bagaimana jika mereka melihatnya?".
Mereka menjawab: "Jika mereka melihatnya, tentu mereka akan lebih merindukannya".
Kemudian Allah S.W.T. berkata: "Aku saksikan padamu bahawa Aku telah mengampuni mereka".
Subscribe to:
Posts (Atom)


