“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
KITA BERSUJUD CUMA BEBERAPA SAAT SAHAJA MANAKALA MALAIKAT BERSUJUD SEHINGGA HARI KIAMAT. RENUNGKANLAH!
Ammar bin Mansur berkata;
"Ketika saya di bawah mimbar, Ady bin Ar that berkata : Sukakah jika saya ceritakan kepadamu sebuah hadis dari Rasullullah S.A.W?
Jawab para hadirin: "Ya".
Maka dia berkata;
"Rasulullah S.A.W. bersabda; "Allah telah menjadikan Malaikat di langit ke tujuh yang terus menerus sujud sejak dijadikan oleh Allah hingga hari Kiamat, selalu gementar sendi mereka kerana takut kepada Allah.
Maka bila tiba hari Kiamat, mereka mengangkat kepala sambil membaca:
"Maha Suci Engkau Tuhan, kami belum menyembah kepada-Mu dengan sesungguh erti menyembah".
PENDERITAAN DI AKHIRAT LEBIH DAHSYAT DARIPADA PENDERITAAN DI DUNIA
Muqatil bin Sulaiman berkata;
"Makhluk akan berdiri menanti pada hari kiamat selama 100 tahun, tenggelam dalam peluhnya sendiri. Dan 100 tahun dalam kegelapan dan kebingunan. Sedang 100 tahun lagi mereka sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan kepada Tuhan.
.Sesungguhnya hari Kiamat itu seperti 5000 tahun, tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas bagaikan sesaat
Kerana itu, wahai orang yang sihat akal hendaklah bersabar terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat kepada Allah untuk memudahkan bagimu segala kesusahan-kesusahan di hari Kiamat".
RENUNGKANLAH SEGALA CIPTAAN ALLAH S.W.T.
Berkata Syaikh Ibnu Athaillah:
"Allah telah memerintahkan kepada kamu selama kamu hidup di dunia ini, agar engkau memperhatikan semua ciptaan Allah dan kelak di akhirat, Allah akan memperlihatkan kepadamu Kesempurnaan Dzat-Nya.".
Sebagai hamba yang beriman, kita mesti pandai memerhatikan serta merenungkan segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah di alam raya ini. Kerana dengan memikirkan dan merenungkan ciptaan Allah itu, kita akan dapat mengetahui hakikat Ilahiyah (sifat -sifat Allah S.W.T).
Kalau kita sudah mengetahui akan hakikat Ilahiyah, maka bila dan di mana jua pun kita akan selalu merasa di awasi oleh Allah S.W.T., sehingga kita dapat menjaga tingkah laku dan merasa takut melakukan maksiat.
Subscribe to:
Posts (Atom)


