KEINDAHAN DAN RAHSIA SOLAT DARI SUDUT ROH



BERDIRI TEGAK:

Berdiri melambangkan peringatan akan dahsyatnya saat berdiri di hadapan ALLAH di Hari Kebangkitan ketika diminta untuk dipertanggungjwabkan atas segalannya yang kita lakukan semasa kita hidup di dunia.


TAKBIR:
Angkat tangan merupakan isyarat dimana selamat tinggal dunia dan menyerah kalah kita kepada ALLAH yang MAHA BESAR, ketika kita melafazkan ALLAHUAKHBAR..disitulah terputusnya hubungan kita dengan dunia dan ketahuilah di saat itu kita hanya berhubung dengan ALLAH, membesarkan ALLAH dan mengagungkan NAMA ALLAH.


MEMBACA AL-FATIHAH:
Al-Fatihah adalah kata-kata munajat dengan ALLAH swt, dengan ALLAH kita bericara. Di dalam Hadis Rasulullah saw maksudnya ALLAH telah berfirman "Telah berfirman ALLAH swt Aku membahagi solat itu antara AKU dengan hambaKU, dan bagi hambaKU apa yang dimintanya." Begitulah mulianya diri kita kerana menjadi sebutan ALLAH swt dan mendapat penghormatan dari ALLAH bila kita membaca AL-Fatihah.


RUKUK:
Rukuk melambangkan kehinaan diri dan mengakui kerendahan diri kepada ALLAH swt. Jiwa orang beriman sentiasa mengakui kebesaran ALLAH dalam solatnya.

IKTIDAL:
Ketika bangun dari rukuk untuk iktidal ia adalah harapan semoga ALLAH mengasihi kita. Harapan tersebut kita nyatakan melalui ucapan kita Iktidal dan Tho'maninah.


SUJUD:
Sujud adalah satu tingkat kedudukan dan kepasrahan yang paling mendalam dengan membiarkan anggota tubuh yang mulia iaitu wajah kita menyentuh sesuatu yang terhina iaitu tanah, tempat yang kita pijak. Menginsafkan diri bahawa kita asalnya dari tanah dan dari tanah juga kita akan dikembalikan kepada ALLAH swt.


DUDUK ANTARA DUA SUJUD:
Maksud duduk antara dua sujud adalah adalah kita bersimpuh kepada ALLAH swt Yang Maha Pemurah dengan hanya satu tujuannya iaitu memohon ampun, memohon rahmat, memohon hidayah, aflat dan rezeki pada ALLAH. Ketika itulah pengharapan akan rahmat pengampunan daripada ALLAH swt.


DUDUK TAHIYAT AKHIR:
Duduk dan membaca tasyahud adalah mengakui segala kehormatan dan segala bentuk ibadah setiap sesuatu yang baik sebenarnya adalah hak milik ALLAH swt dan di dalam tasyahud terdapat ucapan salam, iaitu kepada Nabi dan disertai pula rahmat ALLAH dan berkahNYA.


MEMBERI SALAM:
Memberi salam adalah sebagai tanda selesainya munajat dengan ALLAH swt dan tandanya selesai solat kita. Tujukanlah ucapan salam kepada para malaikat, bersyukurlah kepada ALLAH swt atas Taufiqnya kerana kita dapat menyelesaikan solat kita.


'"JANGAN SEKALI MENINGGALKAN SOLAT""