“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
AKHLAK TERBAIK
Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda, " Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik seseorang di antara kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." (Hadis riwayat At-Tirmidzi).