IMAN ADALAH JIWA



Iman adalah jiwa bagi setiap jiwa manusia, jika tiada iman di dalam dada, maka jiwa manusia itu akan kosong dan tidak berharga. Syukur kita kepadaNYA kerana masih diberikan oleh ALLAH untuk merasai iman di dada..

Justeru untuk berjaya setiap insan wajib beramal dengan syariat Islam secara sempurna berasaskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH. Bak kata Syed Qutb, jika kita ingin ambil islam itu secara sedikit-sedikit maka pesannya lebih baik kita buang terus semuanya dan jangan lagi ambil.


Walaubagaimanapun amalan seseorang dianggap mati tanpa iman. Iman berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan dan ia adalah nyawa dan nadi yang menentukan samaada satu amalan itu ditolak ALLAH aatu tidak. Ia adalah syarat kepada sahnya amal disisi ALLAH.

Dalam surah AZ-ZUMAR ayat 65 ALLAH bersumpah "Dan sesungguhnya sudah diwahyukan kepadamu Muhammad dan kepada Nabi-Nabi sebelummu, Jika kamu menyekutukan ALLAH akan gugurlah segala amalanmu dan kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi."


Oleh kerana iman adalah nyawa kepada segala amalan dan tindak tanduk manusia, ia perlu dibajai dengan ramuan yang betul supaya tidak tersesat, Antara baja yang perlu diberikan adalah baja ILMU dan KEFAHAMAN melalui kefahaman yang dinyatakan dalam AL-QURAN iaitu ALLAH meyuruh kita membaca "IQRAK" bacalah dengan nama TUHANMU yang menciptakan...