SEPULUH KUMPULAN MANUSIA DI TITIAN SIRAT DI HARI PEMBALASAN



1. Menurut Al-'Allaamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab 'Bahjah An-Nufuus' (Syarh Al-Bukhaari: 2:27). Ada sumber mengatakan bahawa Siraat itu mempunyai 7 sekatan pemeriksaan di mana setiap sekatan memakan masa 3,000 tahun perjalanan, dan seandainya tertahan pada satu sekatan, maka terpaksalah menunggu 1,000 tahun. Ini bererti semuanya memakan masa 28,000 tahun (jika tersekat kesemuanya)



2. Menurut berita menerusi Fudhail b. 'Iyaadh ialah selama 15,000 tahun(belum termasuk 7,000 tahun di sekatan) iaitu:
i) Mendaki selama 5,000 tahun
ii) Menurun selama 5,000 tahun
iii) Mendatar selama 5,000 tahun


Fudhail b. Iyaadh berkata: "Sampai berita kepada kami bahawa panjang Siraat itu ialah kadar perjalanan 15,000 tahun iaitu 5,000 tahun perjalanaan mendaki, 5,000 tahun perjalanan menurun dan 5,000 tahun perjalanan mendatar, sedangkan ia lebih halus dari urat rambut dan lebih tajam dari mata pedang."
(HR Ibnu 'Asaakir, Rujuk Kitab Aqiidah An-Naajiin)


3. Menurut berita menerusi Mujaahid dan Dhahhaak ialah selama 3,000 tahun (belum termasuk 7,000 tahun di sekatan) iaitu:
i) Mendaki selama 1,000 tahun
ii) Mendatar selama 1,000 tahun
iii) Menurun selama 1,000 tahun (Rujuk Bahrul Maadzi)


4. Seterusnya menurut suatu sumber lain ialah selama 21,000 tahun di mana tempoh mendaki, mendatar dan menurun masing-masing 1,000 tahun.(belum termasuk 7,000 tahun di sekatan) "Di atas Siraat itu terdapat 7 kaunter, manakala setiap kaunter memakan perjalanan 3,000 tahun, di mana ditambah lagi 1,000 tahun mendaki, 1,000 tahun mendatar, dan 1,000 tahun menurun, ia lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang dan keadaannya lebih gelap daripada kegelapan malam." (Al-Hadith)


"Di manakah jambatan itu ?" Lalu dikatakan kepadanya: "Telah engkau lalui jambatan itu tanpa kesusahan berkat rahmat Allah."


SEPULUH KUMPULAN MANUSIA DI  SHIRATH:

Manusia yang pertama kali menginjakkan kakinya di Shirath adalah Nabi Muhammad s.a.w., Nabi akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya. Kumpulannya terbagi menjadi 10 bahagian, yaitu:


1.Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.

2.Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.

3.Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.

4.Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.

5.Kumpulan yang kelima berlari.

6.Kumpulan keenam berjalan.

7.Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk karena mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad s.a.w. berhenti di atas Shirath. Setiap kali, Nabi Muhammad s.a.w. melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Shirath, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

8.Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad!" Nabi Muhammad s.a.w. kemudian berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka"!

Kumpulan kesembilan dan kesepuluh tertinggal di atas Shirath, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.


Dikatakan bahwa, di pintu surga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira hanya Allah saja yang mengetahui. Di atasnya ada anak-anak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka belum baligh (dewasa). Apabila mereka melihat orang tua mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki surga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera.