1. Takut kepada azab Allah S.W.T..
Apabila anda ingin melakukan maksiat, ingatlah azab neraka yang sangat panas. Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya.Bagaimana pula dengan neraka! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada maksiat, ingatlah azab neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan hawa nafsu anda dengan izin Allah S.W.T..
2. Mengingati mati.
Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati.Jika anda mati dalam keadaan melakukan maksiat, adakah anda akan masuk syurga? Ingatlah mati selalu.
3. Memohon hidayah daripada Allah S.W.T..
4. Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat, cepat-cepatlah beristighfar.
5. Cari kawan-kawan yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda.
6. Cintakan majlis-majlis ilmu dan kuliah agama di masjid.
7. Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan-peringatan.
8. Sabar dalam melawan hawa nafsu.
Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sa'datain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.
1. Mengetahui kesan-kesan buruk maksiat.
2. Malu kepada Allah.
3. Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan keberkatan.
4. Takut kepada Allah dan azab neraka.
5. Cinta Allah.
Akhirnya bertaubatlah dan sabar dalam mujahadah dan melawan hawa nafsu anda