“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
TANDA-TANDA MATI DALAM HUSN AL-KHATIMAH (KESUDAHAN YANG BAIK).
Mati dalam iman menjadi impian dan harapan setiap Muslim.
Husn al-Khatimah (kesudahan yang baik) perlu diusahakan dari awal usia kerana mati itu datang tiba-tiba.
Usahakan agar biografi hidup kita tamat dengan "happy ending".
Kenali tanda-tanda husn al-Khatimah.
Antaranya ialah:
1. Diakhiri dengan lafaz syahadah.
Daripada Mu'az r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan LA ILAHA ILLALLAH maka dia dimasukkan ke dalam syurga".
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim).
2. Dahinya berkeringat (berpeluh).
Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata: "Allahu akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Matinya seorang Mukmin adalah dengan berkeringat dahinya".
(Riwayat Ahmad, al-Nasa'i, al-Tirmizi, Ibn Majah).
3. Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Tidaklah seorang Muslim yang wafat (meninggal dunia) pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali pastilah Allah S.W.T. akan menghindarkannya daripada seksa kubur".
(Riwayat Ahmad).
4. Mati dalam keadaan sedang melakukan ibadah seperti mati ketika sedang solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.
5. Pujian daripada orang Islam terhadap si mati.