Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia
tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu disisiNya (iaitu
masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat)
dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan)”.
(Surah Al an’aam, ayat 2)
Seorang saintis yang terkenal dari Amerika iaitu Prof.
Lawrence M. Krauss telah mendedahkan satu penemuan yang sungguh menakjubkan.
Beliau berkata:
"Setiap atom
dalam badan anda adalah berasal dari bintang yang telah meletup. Dan atom di
tangan kiri anda mungkin datang daripada bintang yang berlainan daripada atom
di tangan kanan. Anda semua adalah debu dari letusan bintang. Anda tidak akan wujud di sini jika bintang-bintang
tidak meletup, kerana kesemua unsur-unsur
didalam badan anda seperti karbon, nitrogen, oksigen, dan sebagainya
tidak dicipta pada awal waktu. Ia diwujudkan di dalam relau nuclear di dalam bintang-bintang, dan satu-satunya cara bagi unsur-unsur tersebut untuk masuk ke dalam badan anda adalah apabila bintang-bintang tersebut
meletup”.
Prof. Lawrence M. Krauss
Kenapa beliau berkata begitu? Kerana ahli-ahli astronomi
tahu bagaimana bintang berfungsi, dan mereka mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk
menyokong dakwaan mereka.
Apabila bintang meletus, maka akan tersebarlah segala isinya di ruang angkasa. Dari sisa letusan bintang tersebut maka terciptalah planet-planet. Bumi kita juga adalah tercipta dari sisa letusan bintang yang telah berlaku sejak berbillion tahun yang lalu.
Apabila bintang meletus, maka akan tersebarlah segala isinya di ruang angkasa. Dari sisa letusan bintang tersebut maka terciptalah planet-planet. Bumi kita juga adalah tercipta dari sisa letusan bintang yang telah berlaku sejak berbillion tahun yang lalu.
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki
adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah
engkau! Maka ia terus menjadi".
(Surah Yaasiin, ayat 82).
Tanah di bumi kita mengandungi berbagai jenis mineral seperti karbon, oxygen, nitrogen, hydrogen dan sebagainya hasil daripada sisa letusan bintang.
Allah S.W.T. telah menggunakan tanah dari bumi untuk menciptakan manusia yang pertama iaitu Nabi Adam a.s.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dialah yang
menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari
sebuku darah beku, kemudian dari ketul daging kemudian Ia mengeluarkan kamu
berupa kanak-kanak kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur
dewasa kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam
pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan
kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima
balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan
Tuhan)”.
(Surah Al mu’min, ayat 67)