MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN “UBAT” DI DALAM CAHAYA MATAHARI.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”.
(Surah Ali-Imran : 191).

Tahukah anda bahawa cahaya matahari merupakan “ubat” yang diciptakan oleh Allah S.W.T. untuk berbagai jenis penyakit?

Matahari menghasilkan sinaran UVB yang akan membantu kulit kita untuk menghasilkan vitamin “D”. Manusia yang mempunyai vitamin “D” yang mencukupi didalam badan akan menjadi orang yang paling sihat. Mereka tidak akan menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, strok, penyakit  batuk kering, Asthma dan juga sakit jantung.

Para saintis dari Warwick Medical School di UK telah membuat suatu kajian tentang vitamin “D” dan mereka memberitahu bahawa orang yang mempunyai vitamin “D” yang sentiasa mencukupi di dalam badannya maka akan kurang risiko untuk mendapat penyakit seperti sakit jantung dan kencing manis.

Menurut seorang doctor pakar dari Warwick Medical School, UK yang bernama Dr. Johanna Parker bahawa mendedahkan diri kepada cahaya matahari merupakan cara yang paling terbaik untuk mendapatkan vitamin “D” dalam badan.

Manusia yang selalu mendapat cahaya matahari akan mendapat banyak kelebihan iaitu otot mereka akan sentiasa sihat, paru-paru yang cergas, tekanan darah menjadi stabil, mematikan sel kanser, menguatkan tulang dan banyak lagi kelebihannya.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?”
(Ar-Rahman: ayat 13).

Pada tahun 1903, seorang doktor yang bernama Niels Finsen telah dianugerahkan pingat Nobel kerana beliau telah berjaya mengubati penyakit batuk kering dengan bantuan sinaran UVB. Banyak hospital yang dibina pada tahu 1950-an adalah menghadap matahari supaya para pesakit akan mendapat sinaran UVB.

Tetapi kini, oleh kerana sinaran UVB dari matahari adalah percuma maka para yahudi kapitalis telah mula untuk menyembunyikan fakta tentang sinaran UVB percuma. Mereka tidak mahu manusia mengetahui tentang kelebihan cahaya matahari.

Mereka mula memasarkan ubat kimia yang merbahaya kepada tubuh manusia. Ubat tersebut pula dijual dengan harga yang sungguh mahal.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri”.
(Surah: Yunus, ayat 44)


MANUSIA TIDAK AKAN MAMPU UNTUK MENCIPTA KOMPUTER SEHEBAT OTAK CIPTAAN ALLAH S.W.T



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".
(At-Tin :ayat 4).

Otak kita merupakan salah satu dari ciptaan Allah S.W.T. yang sungguh hebat. Walaupun saiznya kecil tetapi ia merupakan suatu keajaiban ciptaan Allah S.W.T.

Seorang saintis dari Amerika yang bernama Michio Kaku telah membuat satu pendedahan yang sungguh menarik. Beliau berkata:

“Di dalam alam semesta yang luas ini, otak merupakan satu-satunya benda yang paling sukar untuk difahami atau diterangkan. Otak hanya menggunakan tenaga sebanyak 20 watts untuk berfungsi. Jika manusia ingin mencipta sesuatu yang sama seperti otak, maka manusia perlu membuat mesin yang menggunakan kuasa nuclear yang saiznya sebesar sebuah bandar”.

Michio Kaku

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?”
(Ar-Rahman: ayat 13).

Otak manusia sentiasa berada dalam posisi sujud kepada Allah S.W.T.


Di dalam tubuh kita terdapat banyak caj elektrostatik iaitu tenaga elektrik yang mengalir di seluruh badan kita. Tenaga caj elektrostatik ini boleh menyebabkan kesihatan kita terganggu dan boleh juga menyebabkan tekanan pada otak dan akan menganggu fikiran kita. Tenaga elektrostatik ini patut dikeluarkan dari tubuh kita.

Apabila kita bersujud iaitu ketika otak kita menyentuh bumi maka caj elektrostatik tersebut akan ditarik keluar oleh bumi dan otak kita pun akan merasa ketenangan.

Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):
“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”
(Al-Hajj : ayat 77) 


SETIAP PERKATAAN DAN PERBUATAN KITA PASTI AKAN DICATAT OLEH MALAIKAT.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah: 6 - 8).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (iaitu) semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)."
(Qaaf: 16 - 18).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat."
(Al-Infitaar: 10 - 13)