“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
INGINKAN PAHALA HAJI DAN UMRAH SETIAP HARI?
Sabda Rasulullah S.A.W. " Sesiapa yang solat subuh berjemaah di masjid kemudian duduk berzikir kepada Allah S.W.T. sehingga terbit matahari, lalu dia solat sunat dua rakaat maka dia mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah secara sempurna, sempurna, sempurna." (Hadis riwayat At-Thirmizi).