“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
KEMATIAN TETAP MENGEJAR KITA WALAU DI MANAPUN KITA BERADA
Di suatu pagi, Nabi Sulaiman A.S. mengadakan majlis bersama dengan menteri yang bernama Jalil Al-Qadri.
Kemudian seorang lelaki telah masuk memberi salam dan membisikkan sesuatu ke telinga Nabi Sulaiman A.S.
Lelaki ini memandang tajam kepada menteri Jalil Al-Qadri sehingga menteri itu berada dalam ketakutan. Ketika lelaki itu keluar dari majlis, menteri Jalil Al-Qadri bertanya kepada Nabi Sulaiman A.S., " Wahai Nabi Allah, siapakah lelaki yang baru keluar tadi?, sungguh pendangan matanya membuat ku ketakutan."
Nabi Sulaiman A.S. menjawab, " Beliau adalah malaikat maut yang menjelma sebagai manusia. Ia mendatangiku."
Seketika itu gementarlah menteri itu dan terus menangis. Kemudian menteri itu memberitahu kepada Nabi Sulaiman A.S. " Wahai Nabi Allah, demi Allah aku memohon kepadamu agar kau perintahkan angin bertiup membawaku ke tempat yang paling jauh, ke India."
Nabi Sulaiman A.S. memenuhi permintaannya. Menteri itu diterbangkan oleh ingin ke India.
Keesokan harinya, malaikat maut datang kembali ke hadapan Nabi Sulaiman A.S..
Berkata Nabi Sulaiman A.S. " Semalam kau telah membuat sahabatku gementar. Mengapa kau memandangnya begitu tajam?".
Malaikat itu berkata, " Wahai Nabi Allah, aku mendatangimu di waktu pagi semalam, aku terkejut melihat menteri itu masih bersamamu di sini. padahal Allah S.W.T. telah memerintahkan aku untuk mencabut nyawa menteri itu selepas zohor di India."
"Lalu apa yang kau lakukan?" tanya Nabi Sulaiman A.S.
"Aku pergi ke tempat yang Allah S.W.T. telah perintahkan kepadaku untuk mencabut nyawa menteri itu di India. Ternyata ku dapati memteri itu telah menungguku, lalu aku mencabut nyawanya di situ." jawab malaikat maut.
Allah S.W.T berfirman, " Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".
(Al-Jumu'ah: 8).