“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
PAHALA BERJALAN MENUJU KE MASJID UNTUK BERSOLAT
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya di dalam solat adalah orang yang paling jauh jarak perjalanannya dari tempat solat, kemudian yang agak jauh, Dan orang yang menunggu solat untuk berjemaah bersama imam itu lebih besar pahalanya daripada orang yang solat sendiri kemudian tidur." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).