MAHA SUCI ALLAH SWT YANG TELAH MENCIPTAKAN MAKHLUKNYA DENGAN SEMPURNA


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”.
(Fussilat: ayat 53)

MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG TIDAK DAPAT DILIHAT OLEH MATA


Di langit sekeliling kita terdapat berbagai jenis makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang kita tidak dapat melihat dengan mata kita. Makhluk tersebut terbang di langit dalam kumpulan ataupun secara bersendirian.

Dalam buku “The Cosmic Pulse Of Life” tulisan “Trevor James Constable” dan diterbitkan pada tahun 1976, beliau telah membuat kajian tentang makhluk di langit yang tidak dapat dilihat oleh mata tetapi makhluk tersebut wujud dan boleh dibuktikan kewujudan mereka dengan menggunakan kamera Infra-Red.


Beliau telah berjaya mengambil gambar makhluk tersebut dengan menggunakan kamera Infra-Red dan telah memaparkannya didalam buku tulisan beliau. Makhluk tersebut terdapat dalam berbagai bentuk dan mereka juga boleh berubah bentuk. Ada yang bentuknya bulat seperti bola, ada yang bentuknya seperti ikan dan macam macam lagi. Mereka terdapat dalam berbagai saiz iaitu dari sekecil saiz bawang dan juga sebesar sebuah bandar.

Makhluk tersebut terbang di langit dan mereka mempunyai kemampuan untuk terbang dengan kelajuan sekitar 700 batu sejam. Mereka juga terdapat dalam hutan atau dicelah-celah pokok. Tetapi kita tidak dapat melihat mereka.


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."
(Surah Al-Israa, ayat 44).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan juga burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui cara sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan".
(An Nuur: 41).

Allah S.W.T (yang bermaksud):
"Tidaklah engkau lihat bahawa makhluk-makhluk di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah. matahari, bulan dan bintang, bukit-bukau dan pokok-pokok dan juga binatang dan dari jenis manusia. Dan banyak daripada mereka berhak mendapat azab (kerana tidak sujud kepada Allah)". 
(Surah al-Haq : 17).

ALLAH S.W.T. ADALAH MAHA PEMBERI REZEKI



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya”.
(Saba': ayat 1)

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluknya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.”
(Adz-Dzaariyaat: 58)

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia di simpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
(Hud: 6)

Rasulullah S.A.W. besabda:
“Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu seperti DIA merezekikan burung. Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang”
(Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih).

BUMI INI ADALAH SEUMPAMA SEBUTIR PASIR DI DALAM LAUTAN


Gambar diatas menunjukkan gambar bumi dan bulan.

Gambar ini dirakam dari jarak 63.6 juta kilometer jauhnya oleh kapal angkasa milik NASA OSIRIS-Rex.

Lihatlah saiz bumi dan bulan yang kelihatan seperti sebutir pasir yang telah tenggelam di dalam lautan yang sungguh luas dan gelap.

TETAPI di bumi yang kecil macam sebutir pasir itulah terdapatnya manusia yang berlagak seperti Firaun dan jahat seperti ……………....(terlalu ramai).

Di situ jugalah terdapatnya pemimpin yang jahat yang sanggup menganiaya rakyatnya sendiri.
Di situ jugalah terdapatnya manusia yang telah lupakan Allah S.W.T dan tidak mahu tunduk dan sujud kepada Allah S.W.T.

Di situ jugalah terdapatnya pembunuh, perogol, perompak, pembuli, perasuah dan macam macam lagi yang sungguh menjijikan…..

Adakah mereka semua ini tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang berada diatas sebutir pasir (bumi) yang tidak ada nilainya disisi Allah S.W.T?

Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):
“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Al-Mu'minuun: ayat 115)

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”
(Surah al-A'raf : ayat 34)

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”
(Az-Zalzalah: 6 - 8).

                                                                     

MUDAHNYA UNTUK MENJADI AHLI SYURGA……..


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Nasa’I, Anas bin Malik menceritakan satu peristiwa yang di alaminya dalam sebuah majlis bersama Rasulullah S.A.W.

Suatu hari sewaktu para sahabat duduk bersama Rasulullah S.A.W, baginda bersabda yang bermaksud:  “Sebentar lagi akan muncul di hadapan kalian seorang lelaki penghuni syurga”.

Seketika kemudian muncul seorang lelaki Ansar yang janggutnya basah dengan air wuduknya. Dia mengikat kedua-dua sandalnya pada tangan sebelah kiri.

Keesokan hari, Rasulullah S.A.W. mengulangi perkataan yang sama: “Akan datang seorang lelaki penghuni syurga”. Dan muncul jua lelaki yang sama. Begitulah Nabi mengulangi sehingga tiga kali.

Selesai majlis Rasulullah itu, Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a. mengikuti lelaki yang disebut oleh Nabi itu. Beliau cuba mencari helah untuk tinggal bersamanya.

“Saya bertengkar dengan ayah saya, dan saya berjanji kepada ayah saya bahawa selama tiga hari saya tidak akan menemuinya. Bolehkah kamu memberi tempat perlindungan kepada saya selama tiga hari itu?” pinta Abdullah bin Amr bin al Ash kepada lelaki itu.

Abdullah diizinkan oleh orang itu ke rumahnya dan tidurlah di rumahnya selama tiga malam. Selama itu Abdullah ingin menyaksikan ibadah apakah yang dilakukan oleh orang itu sehingga dia dikhabarkan oleh Rasulullah sebagai penghuni syurga.

Tetapi selama itu juga dia tidak menyaksikan sesuatu apa yang istimewa dalam ibadahnya. Kata Abdullah: “Setelah tiga hari aku tidak melihat amalannya sehingga aku hampir-hampir meremehkan amalannya, lalu aku berkata: “Hai hamba Allah! Sebenarnya aku tidak bertengkar dengan ayahku dan tidak juga aku menjauhinya, tetapi aku mendengar Rasulullah S.A.W. berkata tentang dirimu sehingga tiga kali, “Akan datang seseorang daripadamu sebagai penghuni syurga”.  Aku ingin memerhatikan amalanmu supaya aku dapat menirunya. Mudah-mudahan dengan amalan yang sama aku mencapai kedudukanmu”. Berkata lelaki tersebut: “Apa yang aku amalkan tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan”.

“Ketika aku mahu pulang, dia memanggilku dan berkata: “Demi Allah, amalku tidak lebih daripada apa yang engkau saksikan itu. Hanya aku tidak pernah menyimpan pada diriku niat yang buruk terhadap kaum Muslim, dan aku tidak pernah menyimpan rasa dengki atas kebaikan yang diberikan Allah kepada mereka”.

“Lalu aku berkata: “Begitu bersihnya hatimu daripada perasaan buruk terhadap kaum Muslim dan bersihnya hatimu daripada perasaan dengki, inilah yang menyebabkan engkau sampai ke tahap yang terpuji itu. Inilah yang tidak mampu kami lakukan”.

(Hayat al-Shahabah, jil.2, hlm. 520-521)

MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN BAHAN API PERCUMA UNTUK KEGUNAAN MANUSIA


Pernahkah anda terfikir alangkah bagusnya jika kenderaan yang kita gunakan tidak perlu diisi petrol? Atau lampu rumah kita tidak perlu gunakan elektrik yang perlu dibayar setiap bulan?

Adakah semua ini takdir dari Allah S.W.T?

Sebelum anda menjawab soalan diatas, sila selidik dan fahamkan dulu segala sumber-sumber alam semulajadi yang Allah S.W.T. telah ciptakan untuk kegunaan manusia. Baru anda akan mendapat jawapan yang sebenarnya untuk soalan diatas.

Seorang saintis yang bernama Tom Scott dari University of Bristol di UK, telah berjaya menghasilkan sejenis bateri yang menggabungkan sisa buangan nuklear ke dalam sebentuk berlian. Ini akan berfungsi sebagai bateri dan boleh menghasilkan kuasa sebanyak 15 Joules setiap hari selama 5,730 tahun.

Jadi tidak mustahil pula untuk mencipta bateri yang mempunyai kuasa selama 5,000 tahun untuk digunakan kepada kenderaan, kapal terbang, peralatan rumah, atau apa sahaja yang pada asalnya menggunakan kuasa elektrik atau petrol. Sudah pasti ini akan menguntungkan kita.

TETAPI…….

Dunia kini dikuasai oleh yahudi illuminati yang gila kuasa dan ingin menguasai seluruh dunia. Maka sudah pasti penemuan bateri nuklear ini tidak akan dibenarkan untuk kegunaan orang awam. Mungkin hanya akan digunakan oleh mereka sahaja. Adakah ini adil?

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri”.
(Surah: Yunus, ayat 44)


INILAH BUKTINYA BAHAWA NABI ISA (A.S) TIDAK PERNAH DISALIB.


Sebuah kitab injil (bible) yang berusia diantara 1500 hingga 2000 tahun telahpun ditemui di negara Turki. Kini ia berada di “Ethnography Museum of Ankara”.

Kitab injil itu ditemui pada tahun 2000 dan ia adalah versi “Gospel of Barnabas”. Ia ditulis dalam emas dan menggunakan bahasa Aramaic iaitu bahasa nabi Isa (a.s). Ketua keagamaan di Tehram telah membuat pengesahan bahawa kitab injil yang ditemui itu adalah asli. Kitab injil ini kini dianggarkan bernilai USD 28 juta.

Didalam kitab injil tersebut telah ditulis bahawa Nabi Isa (a.s) tidak pernah disalib. Malah Nabi Isa (a.s) telah diangkat ke langit oleh Allah S.W.T.

Orang yang sebenarnya disalib itu adalah bernama “Judas Iscariot”. Mungkin kerana wajahnya sama seperti Nabi Isa (a.s).

Dalam kitab injil tersebut juga ditulis bahawa akan datang seorang rasul yang bernama Nabi Muhammad (S.A.W) selepas 700 tahun kemudian.

Kitab injil yang asal adalah terdiri dari 3 versi iaitu “Gospel of Barnabas, Dead Sea dan Gnostic Gospels”. Kesemuanya telah dibatalkan oleh Catholic Church. Kini kitab injil baru terdiri dari 4 versi iaitu “Canonical gospels of Matthew, Mark, Luke and John”.

Penemuan kitab injil versi “Gospel of Barnabas” telah membuatkan pihak Vatican menjadi tidak tenang. Adakah kerana rahsia mereka telah bocor?

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".
(A-li'Imraan : ayat 55)

KEJAMNYA MANUSIA YANG MENGAMALKAN RIBA.


Tahukah anda kenapa Allah S.W.T. telah mengharamkan riba?
Riba adalah suatu penindasan yang membawa kepada perhambaan dan akhirnya mengakibatkan kehancuran hidup seluruh manusia di dunia ini.

Anda inginkan buktinya?

Manusia diseluruh dunia telah ditipu oleh Bank dengan cara mencetak wang “atas angin” iaitu tanpa cagaran emas kemudian memberikan pinjaman wang tersebut dengan dikenakan riba / interest.

Untuk pengetahuan anda, jumlah keseluruhan duit kertas yang berada didalam dunia ini (tahun 2016) ialah sebanyak USD 80 Trillion, tetapi hutang seluruh negara didunia ini kepada bank ialah USD 152 Trillion (setelah campur riba / interest). Jadi bagaimanakah negara-negara tersebut hendak menbayar baki USD 72 Trillion tersebut?

Contohnya anda meminjam duit sebanyak RM10,000 dari Bank maka anda akan dipaksa membayar sebanyak RM14,000. (INGAT!!! Bank hanya mencetak RM10,000 sahaja dan bukannya RM14,000). Jadi dimanakah anda hendak mencari baki RM4,000? Sebab baki RM4,000 tersebut tidak wujud.

Itulah perangkap yang sengaja dirancang oleh Bank. Sebab itulah sesebuah negara boleh muflis kerana tidak dapat membayar semula hutangnya.

Akibatnya ramai manusia di bumi ini yang menderita kemiskinan dan kelaparan. Semuanya adalah kerana manusia telah melanggar perintah Allah S.W.T yang telah mengharamkan riba. Adakah manusia masih tidak sedar lagi?

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(An-Nisaa': ayat 161).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
(Al-Baqarah : ayat 275). 

CAHAYA TERANG MEMBUKTIKAN DETIK BERMULANYA KEHIDUPAN SEORANG MANUSIA.


Tahukah anda bilakah bermulanya saat-saat kehidupan seorang manusia?

Jawapannya ialah apabila suatu cahaya terang terpancar ketika sperma memasuki telur didalam rahim seorang ibu. Telur itu akan bercahaya bagaikan bintang di langit. Cuma mata manusia tidak akan dapat melihatnya kerana ia berada didalam rahim seorang ibu.

Para saintis dari Northwestern University, Chicago telah berjaya merakam saat-saat tersebut di dalam kamera.


Keajaiban Ini telah membuktikan bahawa manusia adalah makhluk Allah yang paling mulia dan mereka mempunyai misi khas iaitu untuk menjadi khalifah Allah di bumi.

Tetapi berapa ramaikah manusia yang sedar akan kejadian mereka itu dan berapa ramaikah manusia yang mahu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di bumi?

Berapa ramaikah manusia yang telah menjadi hamba kepada syaitan laknatullah?

Berapa ramaikah manusia yang telah membunuh manusia lain tanpa ada sebarang perasaan kesihan?

Berapa ramaikah manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin tetapi telah menindas dan menganiaya rakyatnya?

Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Al-Mu'minuun: ayat 115)


MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN UBAT UNTUK SEGALA PENYAKIT


Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):
Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu?."(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?. "(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam; "Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; "Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,. "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; "Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku; "Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
(Asy-Syu'araa': ayat 75 – 82)

Berikut adalah herba-herba yang sesuai untuk penawar penyakit:

1) Darah tinggi (High blood pressure): Bawang putih (garlic), jus limau suam (warm lemon juice), Pisang (banana), tembikai (watermelon), daun rerama (butterfly leaf plant), Air kelapa (coconut water).
2) Sakit kepala (Headches/Migraine): Halia dan limau (ginger with lemon). Daun pudina (Peppermint).
3) Demam (fever): Jus limau (lemon juice), halia (ginger).
4) Kanser (Cancer): Daun ganja (marijuana), Halia (ginger), bawang putih (garlic), Daun semambu (neem leaves), daun rerama (butterfly leaf plant), Cahaya matahari (sunshine exposure).
5) Sakit mata (eye problem): Air daun sirih (Betel Leaf extract).
6) Cirit-beret (Diarrhea): Bawang putih (Garlic), Daun pegaga (Centella Asiatica).
7) Gastrick: Air kelapa (coconut water), Kurma (dates).
8) Asthma: Pisang (banana), bawang putih (garlic), daun rerama (butterfly leaf plant).
9) Nyanyok (Alzheimer): Minyak kelapa (Coconut oil), Halia (Ginger).
10) Batuk (Cough): Jus nenas (pineapple juice), Bawang putih (garlic).
11) Gout: jus nenas (pineapple juice), daun rerama (butterfly leaf plant).
12) Sakit jantung (heart disease): Bawang putih (garlic), Lobak merah (carrot).
13) Sakit perut (stomach ache): Bawang putih (garlic), halia (ginger).
14) Kencing manis (Diabetes): Bawang putih (garlic), halia (ginger). Daun semambu (neem leaves), daun rerama (butterfly leaf plant), Daun misai kucing (Java tea).
15) Sembelit (Constipation): pisang (banana).
16) Selsema (flu and cold): Bawang putih (garlic), halia (ginger), Cahaya matahari (sunshine exposure).
17) Cholesterol: Bawang putih (garlic), limau (lemon).
18) Malaria: Daun semambu (Neem Leaves)
19) Dengue: Jus daun betik (Papaya leaf juice), daun rerama (butterfly leaf plant).
20) Penyakit buah pinggang (Kidney disease): Daun misai kucing (Java tea).
21) Ubat Tahan Sakit (Paint Killer) : Daun ketum (Kratom plant).

MANUSIA BENAR-BENAR BERADA DALAM KERUGIAN


Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):
”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran”
(Surah: Al ‘Ashr).

Kalau kita tahu waktu itu tidak ternilai harganya, mengapa kita selalu membazir masa dengan perkara yang sia-sia?. Sedangkan sesaat masa itupun mempunyai makna yang amat besar nilainya kepada kita.

Ramai manusia melihat waktu sebagai satu putaran biasa tanpa merasa kerugian atas kehilangannya. Betapa ruginya kita melepaskan masa berlalu tanpa memanfaatkannya dengan sesuatu yang menguntungkan kita di hari akhirat.

Adakah kita terlalu yakin bahawa kita akan hidup sehingga esok?

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”
(Surah al-A'raf : ayat 34)


TIDAK BERSOLAT TETAPI KAYA RAYA DAN BERPANGKAT


Orang itu tidak solat, tetapi dia masih cemerlang dalam pelajaran.
Orang itu tidak solat dan sentiasa membuat maksiat, tetapi dia mempunyai pekerjaan yang baik.
Orang itu tidak solat, tetapi mempunyai rumah yang besar macam istana.
Orang itu tidak solat, tetapi selalu minum arak dan kaya raya.
Orang itu tidak solat, tetapi selalu berzina dan mempunyai kereta yang mewah.

Maka ketahuilah bahawa semua itu adalah “ISTIDRAJ”


“ISTIDRAJ” adalah harta atau pemberian yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T. untuk menyesatkan lagi mereka………


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya.”
(Faatir: ayat 45)


HANYA ISLAM MERUPAKAN AGAMA YANG DIREDHAI OLEH ALLAH S.W.T.



Tiada keraguan lagi bahawa  hanya agama Islam yang merupakan agama paling sesuai untuk setiap manusia, kerana ia merupakan satu-satunya agama yang diredhai serta diterima di sisi Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”
(Surah A-li'Imraan: ayat 19)

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”
(Surah A-li'Imraan: ayat 85)

Namun ironinya, satu-satunya agama yang diredhai Allah S.W.T. ini begitu tidak disenangi oleh ramai manusia, malah mereka turut membenci dan memeranginya.

Kemungkinan perkara ini berlaku disebabkan mereka tidak benar-benar mengenali Islam. Jika seseorang itu benar-benar mengenali Islam, dia pasti akan sanggup berkorban apa saja kerananya.

Keistimewaan seorang muslim ini adalah dia memahami hakikat sebenar tentang dirinya. Dia tahu dari mana dia datang, mengapa dia berada di sini dan apa misi dan tujuan kewujudannya serta ke mana dia akan pergi selepas kehidupan ini dan apa kesudahan yang bakal menantinya.

Dia tahu dia harus membuat pilihan yang terbaik dalam kehidupan ini dan dia juga tahu bagaimanakah caranya untuk dia mencapai matlamat yang dipilihnya itu.
Paling penting adalah dia menyedari bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pilihan itu. 

Dia adalah insan yang “sedar” akan realiti dirinya, yang mempunyai fahaman yang jelas dan pendirian yang tegas serta dia yakin sepenuhnya terhadap prinsip hidupnya.

Dia tidak pernah kebingungan atau keliru dan tidak akan mudah goyang di hadapan sebarang cabaran yang dihadapinya.

ALLAHU AKBAR!! AIR BERUBAH MENJADI CANTIK APABILA DIBACAKAN AYAT SUCI AL-QURAN


Seorang saintis dari Jepun yang bernama Masaru Emoto, telah berjaya membuktikan bahawa air mempunyai “perasaan” dan juga “memori” yang mampu memberi kesan kepada perasaan, kewarasan dan kesihatan manusia.

Masaru Emoto

Apabila air tersebut dibacakan ayat-ayat suci dari Al-Quran, maka molikul air tersebut telah berubah bentuk menjadi sungguh cantik. Ini telah dibuktikan apabila dibacakan “Asmaul Husna” iaitu “99 nama Allah S.W.T.” dan ditiupkan kedalam air, maka molikul air tersebut telah berubah menjadi sungguh cantik. Sungguh menakjubkan kerana molikul air itu berubah untuk setiap nama Allah S.W.T. yang disebut dan akhirnya telah berubah sehingga 99 kali iaitu bersamaan dengan jumlah nama Allah S.W.T.

ALLAHU AKBAR!!!


Badan manusia mengandungi sekitar 70 peratus air. Tanpa air dalam badan, manusia akan mati.
Apa yang akan berlaku didalam badan kita sekiranya kita sedang membaca Al-Quran?
Sudah pasti molikul-molikul air dalam badan kita akan berubah bentuk menjadi lebih cantik dan ini akan memberi kesan positif kepada seluruh badan kita. Kita akan merasa ketenangan dan keamanan. Fikiran kita tidak akan terganggu dan banyak lagi kebaikan yang kita akan merasakannya.


Jadi bagaimana pula keadaan molikul air dalam badan kita sekiranya kita membuat fitnah, mencaci maki orang lain dan mendengar muzik yang melalaikan?
Sudah tentu molikul air dalam badan kita akan bertukar bentuk menjadi hodoh dan mengerikan. Maka kesannya ialah kita akan merasa tidak tenang, rasa marah, sakit kepala dan banyak lagi masaalah yang akan timbul.


Begitu juga sebarang minuman halal yang kita minum. Apabila kita minum dengan menyebut nama Allah S.W.T, maka molikul air dalam minuman tersebut akan berubah menjadi cantik dan ini akan memberi kesan positif kepada badan kita.

Tetapi sekiranya kita tidak menyebut nama Allah S.W.T sewaktu kita minum air, maka molikul dalam air tersebut tidak akan berubah dan tidak akan memberi sebarang kesan positif kepada badan kita.